awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan

Bernama
Bernama
02/03/2017
15:27 MYT
JPA tidak hentikan kemudahan bekalan ubat kepada pesara kerajaan
JPA menegaskan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam dan veteran berpencen tidak diberhentikan. - Gambar fail
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menegaskan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti yang ditularkan.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan boleh diperoleh melalui preskripsi pegawai perubatan kerajaan di fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital universiti.
Sekiranya terdapat permasalahan mengenai kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan, pesara kerajaan dan veteran berpencen boleh menghubungi pihak JPA di talian hotline 03-88854099/4037/4014 (waktu pejabat) atau emel pada [email protected] bagi mendapatkan penjelasan lanjut, katanya.
Mengenai perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara kerajaan dan veteran berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS), JPA menjelaskan bahawa kontrak perkhidmatan yang disediakan syarikat Oratis Rx Sdn Bhd sejak 26 Januari 2012 telah tamat tempoh pada 27 Januari tahun ini.
Menurut JPA, perkhidmatan itu telah dilanjutkan secara interim sehingga 27 Februari 2017.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-MASS
#JPA
#KKM
#Oratis Rx Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan