awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBN Sarawak cari jalan pujuk masyarakat Penan terima vaksin

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
20/10/2021
07:44 MYT
JPBN Sarawak cari jalan pujuk masyarakat Penan terima vaksin
Douglas Uggah Embas berkata usaha itu penting bagi membolehkan mereka menjalani proses vaksinasi dengan kadar segera.
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat untuk mendekati masyarakat Penan yang menolak vaksin COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usaha itu penting bagi membolehkan mereka menjalani proses vaksinasi dengan kadar segera.
Malah, Uggah turut bersetuju dengan cadangan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. Raviwharmman Packierisamy agar menghantar pasukan perubatan sukarela yang diketuai oleh doktor dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) termasuk mereka yang telah bersara untuk mengunjungi penempatan penduduk kaum Penan berkaitan.
"Kerajaan negeri juga bersedia untuk menyediakan pasukan berkenaan dengan bantuan kewangan untuk membayar pengangkutan dan logistik termasuk satu kumpulan yang akan melakukan lawatan bermula 1 November depan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan di Bahagian Miri dan lawatan program vaksinasi di kampus Universiti Curtain pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr.Raviwharmman berkata JKNS boleh membantu bagi membekalkan vaksin dos tunggal jenis CanSino untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi kaum Penan yang telah dikenalpasti.
“Kita sudah ada mempunyai bekalan vaksin CanSino. Vaksin dos tunggal ini adalah pilihan terbaik kepada mereka dan anggota perubatan kita akan ke kawasan mereka,” katanya.
Jelasnya, Jabatan Kesihatan Miri telah melaksanakan enam sesi penglibatan berbeza untuk mendapatkan persetujuan masyarakat tersebut.
“Kami telah berusaha menerusi pegawai kerajaan, wakil rakyat, ahli berpengaruh dalam komuniti, NGO dan Institusi Keagamaan Borneo Evangelical Mission (BEM) untuk memujuk mereka tetapi tidak berhasil.
“Walaupun mereka tidak mempunyai masalah dengan rawatan atau prosedur perubatan biasa, mereka tetap dan menolak vaksinasi.
"Mereka bahkan pergi ke dalam hutan semasa pasukan vaksinasi kami tiba. Situasi ini tetap menjadi salah satu cabaran besar dalam program pemberian vaksinasi kami,” terangnya lanjut.
Bagaiamanapun situasi tersebut dilihat berbeza dengan penerimaan masyarakat kaum Penan di Belaga, Kapit.
“Saya telah diberitahu Residen Kapit Nyurak Keti, mereka yang di Kapit lebih menerima. Bagi Penan di kawasan Ulu Baram adalah berselerak di enam penempatan semula,” katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#masyarakat Penan
#Tolak vaksin
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan