awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
RTG gembira dengan penyertaan Sze Fei-Nur Izzuddin - Stuart
MALAYSIA
MSPO-ASSC buat MoU untuk pacu permintaan minyak sawit mampan di Jepun
MALAYSIA
Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

JPJ cadang batal lesen penerima Program MyLesen terlibat aktiviti rempit

Bernama
Bernama
20/06/2025
15:30 MYT
JPJ cadang batal lesen penerima Program MyLesen terlibat aktiviti rempit
Aedy Fadli (lima, kiri) bersama para penerima lesen memandu B2 pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 hari ini. - Gambar Bernama
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang membatalkan lesen motosikal Program MyLesen B2, sekiranya terlibat dengan aktiviti merempit atau kesalahan jalan raya lain.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu untuk meneliti perkara tersebut, sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
Beliau menegaskan kerajaan telah mengeluarkan peruntukan besar untuk program itu bagi memudahkan golongan B40 memperoleh lesen memandu Kelas B2, justeru penerima perlu mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.
"Penerima lesen melalui subsidi kerajaan ini akan direkodkan berasingan dalam sistem JPJ sebagai penerima Program MyLesen. Jadi kalau ditahan di luar, kita akan ambil tindakan sehinggalah pembatalan lesen tersebut.
"Kalau nak ambil (lesen) kena mohon semula kepada instiusi atau sekolah memandu itu, buat bayaran dan duduki ujian dari mula sampai selesai (peroleh lesen), saya nak ingatkan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 tahun 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata pada tahun ini, Program MyLesen turut diperluas kepada pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta belia, yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan B40 memiliki lesen memandu sah sekali gus memperluas akses kepada peluang pekerjaan khususnya dalam sektor ekonomi gig.
"Bagi menjayakan pelaksanaan program ini, kerajaan telah memperuntukkan RM5.8 juta tahun ini merangkumi keseluruhan kos latihan dan pengeluaran lesen kepada 15,000 peserta terpilih di seluruh negara, manakala di Pulau Pinang sahaja melibatkan 993 orang berusia 16 tahun ke atas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#MyLesen B2
#motosikal
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami