awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023

Bernama
Bernama
28/01/2023
20:05 MYT
JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Hanif Yusabra berkata penguatkuasaan khas motosikal bertujuan memastikan penunggang dan motosikal yang digunakan di atas jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah APJ 1987. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan merekodkan 2,337 kesalahan membabitkan 1,189 kenderaan sepanjang penguatkuasaan Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2023 dalam tempoh 10 hari, sejak 18 Jan lepas.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 13,041 kenderaan dan antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar.
"Sepanjang tempoh berkenaan, JPJ negeri turut melaksanakan tujuh strategi penguatkuasaan antaranya pemeriksaan bas di depoh dan terminal, rondaan di lebuh raya dan jalan utama serta penguatkuasaan motosikal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 5,181 motosikal diperiksa dengan 579 daripadanya diambil tindakan manakala 96 lagi disita mengikut peruntukan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengelak daripada melakukan kesalahan berterusan.
Hanif Yusabra berkata penguatkuasaan khas motosikal itu bertujuan memastikan penunggang dan motosikal yang digunakan di atas jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah APJ 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.
"Ia juga bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng dengan tumpuan di laluan utama motosikal di Seremban dan Nilai serta memfokuskan kesalahan lesen memandu, LKM dan teknikal," katanya.
Beliau berkata pihaknya memandang serius kesalahan melibatkan penunggang motosikal dan selain penguatkuasaan, JPJ negeri juga giat melaksanakan advokasi bagi memberi kesedaran berkaitan pematuhan peraturan lalu lintas serta keselamatan di jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Negeri Sembilan
#Ops TBC
#Tahun Baharu Cina
#Hanif Yusabra Yusuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan