GEORGE TOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram atau mat rempit di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini semalam.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi selama lima jam bermula 12 tengah malam itu, bertujuan mencegah aktiviti lumba haram pada awal pagi, selain memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya.
"Saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, pamer nombor pendaftaran 'fancy' dan ekstrem, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.
"Operasi itu juga bagi memastikan pemilik motosikal tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit. Tindakan tegas akan dikenakan termasuk motosikal disita jika didapati ubah suai tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
JPJ Pulau Pinang turut memaklumkan penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga motosikal disita dan tiga lelaki berusia 20-an ditahan kerana dipercayai berlumba haram dalam Op Samseng Jalanan di kawasan Bayan Baru, dekat sini awal pagi semalam.
Kenyataan itu memaklumkan dalam operasi bermula 10 malam hingga 3 pagi itu, polis turut mengeluarkan 15 saman ke atas penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Turut dirampas sebuah motosikal yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Bayan Lepas dan pemeriksaan mendapati ia dilaporkan hilang di Sungai Nibong baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.