Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.
"Dalam konteks undang-undang, basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.
"Bagaimanapun, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) JPJ di bangunan penyeliaan Plaza Tol (Lama) Jelapang di Km 268 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.
Beliau berkata, JPJ akan mengambil langkah keselamatan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah memandangkan semakin banyak aktiviti basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini.
Semalam, tular gambar sekumpulan individu yang berbasikal di laluan bertingkat (flyover) Rasah Kemayan menuju ke Seremban Gateway, Negeri Sembilan yang menimbulkan kerisauan orang ramai berikutan persekitaran yang tidak selamat untuk aktiviti itu.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, JPJ turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya kendaliannya.
Shaharuddin berkata, pemeteraian itu membolehkan kedua-dua pihak menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan di lebuh raya PLUS.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.
Menurutnya, UPLR yang dirasmikan hari ini telah beroperasi mulai 1 Julai lepas sebagai pusat mengawal selia segala aktiviti UPLR yang melibatkan empat zon penguatkuasaan utama iaitu Stesen Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di Hentian Rehat dan Rawat di Dengkil, Selangor; di Gunung Semanggol, Perak; di Pagoh, Johor; dan Paka, Terengganu masing-masing arah selatan.
Katanya, sejak diwujudkan secara berperingkat bermula 2018, UPLR berupaya mengurangkan kesalahan jalan raya antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kenderaan membawa lebih muatan. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Menurut Shaharuddin, JPJ akan mengkaji isu aktiviti berbasikal di jalan raya bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. - Gambar BERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Berbasikal tanpa derita: Tips elak sakit belakang dan kecederaan
Teknik berbasikal yang salah bukan hanya mengurangkan keefektifan latihan tetapi juga boleh menyebabkan sakit belakang dan kecederaan yang lain.
Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.
Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.
Aktiviti berbasikal jadi trend baharu, 56 maut dalam kemalangan - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata selain daripada 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan.
KBS alu-alukan cadangan pastikan kegiatan berbasikal selamat
KBS mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak berkepentingan bagi memastikan aktiviti berbasikal di negara ini dapat dilakukan dengan selamat.
JPJ pandang serius isu berbasikal atas jalan raya
JPJ pandang serius isu aktiviti berbasikal di jalan raya yang dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain.
Pegawai bomba berbasikal secara solo sejauh 2,020 km kumpul dana
seorang pegawai bomba memanfaatkan kudratnya mengayuh sejauh 2,020 kilometer secara solo bagi mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.
Kuala Lumpur boleh contohi infrastruktur laluan basikal di Putrajaya
Masyarakat turut memainkan peranan untuk menghubungi hotline maklum balas DBKL jika ada sebarang masalah.
Kelantan tidak keluar larangan rakyat berbasikal waktu malam - MB
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun meminta supaya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka berkeliaran.
Galak orang naik basikal, tapi tiada tempat parkir
Kempen galakan berbasikal hanya usaha separuh jalan jika tidak disertai pembangunan kemudahan berkaitan dengannya.