NATIONAL
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
Ringkasan AI
- JPJ memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz, dan motosikal Honda CB350R kerana isu lampu dan sensor.
- Komponen bermasalah akan diganti oleh pengeluar tanpa kos kepada pemilik.
- Pemilik akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda untuk pemeriksaan, atau boleh terus ke pusat servis berhampiran.
"Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pengeluar kenderaan berkenaan iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd.
"Setiap pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik turut dibenarkan 'walk-in' ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menasihatkan semua pemilik kenderaan bagi model yang terlibat untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, semua pemilik kenderaan berkenaan digalakkan menghubungi Perodua di talian 1-800-88-6600, melayari laman sesawang https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.
Pemilik motosikal Honda CB350R boleh menghubungi Boon Siew Honda di talian 1-800-88-3993 atau https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami