awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal

Bernama
Bernama
27/09/2023
13:54 MYT
JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Mohammad Yusoff berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 278 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan. - Gambar Bernama
IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini, membabitkan pemeriksaan terhadap 39,558 motosikal
Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 278 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan.
"JPJ Perak telah menyita motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
"Saya juga ingin tegaskan JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi maksud menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi yang boleh menjurus kepada kecederaan parah dan kemalangan maut," katanya pada sidang media di Bangunan JPJ Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata motosikal yang telah disita boleh dituntut pada bila-bila masa selepas dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan oleh pemilik motosikal.
"Motosikal yang telah disita boleh dituntut seawal sehari dari tarikh sitaan namun ia turut bergantung kepada proses dokumentasi yang perlu dilengkapkan oleh pemilik motosikal berkenaan," katanya.
Mohammad Yusoff berkata modus operandi yang dijalankan dalam operasi tersebut adalah menerusi kaedah audit pematuhan di lampu isyarat, sekatan jalan raya dan 'snap check' yang melibatkan laluan utama penunggang motosikal.
"Kaedah yang diguna pakai ini adalah bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan operasi, selain memupuk perubahan tingkah laku pemandu agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya, akan dipertingkatkan secara berterusan," katanya.
Selain itu, katanya sebanyak 78 kenderaan pelbagai jenis akan dilelong pada 31 Oktober ini di pekarangan JPJ negeri.
"Bagi yang berminat boleh mendapatkan dokumen lelongan dan hadir untuk pemeriksaan pada 23 hingga 27 Oktober ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui media di portal JPJ Perak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Perak
#Operasi Khas Motosikal
#Mohammad Yusoff Abustan
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan