awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ perluas program '1 Komuniti, 1 JPJ' ke kawasan bandar

Bernama
Bernama
24/08/2013
13:15 MYT
JPJ perluas program '1 Komuniti, 1 JPJ' ke kawasan bandar
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperluas program '1Komuniti 1JPJ' ke kawasan bandar pada tahun depan, kata pengarahnya, Abd Ghani Che Kasim.
Beliau berkata program itu, yang memberi peluang kepada penduduk berusia 45 tahun ke atas memperoleh lesen motosikal jenis B2 secara lebih mudah, mendapat sambutan menggalakkan di kawasan kampung.
"Dahulu kita tengok orang kampung sahaja (tak ada lesen) tapi dekat bandar pun ramai juga... jadi, program ini akan dibuat di kawasan bandar jugalah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program itu bagi peringkat Machang di Sekolah Kebangsaan Labok hari ini.
Pada majlis itu, seramai 245 calon iaitu 155 lelaki dan 90 wanita berjaya memperoleh lesen motosikal selepas melalui proses ceramah, ujian undang-undang dan praktikal selama tiga bulan.
Abd Ghani berkata penduduk berkenaan dipilih kerana kebanyakan mereka tidak mahir menggunakan komputer.
"Program ini kita lebih kepada ujian undang-undang secara lisan dan praktikal kerana mereka tak pandai guna komputer, selain ia direka khusus oleh kerajaan untuk rakyat berpendapatan rendah dan rakyat di kawasan pedalaman sebab kita tahu mereka guna motosikal di kawasan kampung untuk pergerakan harian seperti ke masjid, pasar dan hantar anak-anak ke sekolah.
"Mereka hanya perlu bayar RM150 untuk mendapatkan lesen motosikal di bawah program itu berbanding lebih RM300 jika mendapatkannya di institut memandu," katanya.
Abd Ghani berkata sejak diperkenal di Kelantan pada 2009, seramai 3,815 calon berjaya memperoleh lesen motosikal di bawah program itu.
"Cuma kemudahannya ialah kita buat program di tempat mereka di kampung. Calon akan guna motosikal sendiri, jadi mereka tak kekoklah dan lebih senang untuk dapatkan lesen dengan cara sedemikian," katanya.
Topic Berkaitan
#1Komuniti 1JPJ
#B2
#JPJ
#lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan