awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR

Bernama
Bernama
10/09/2023
05:04 MYT
JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR
Dalam operasi bermula pada 1 pagi hingga 6.30 pagi itu, JPJ turut mengeluarkan 450 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. - Gambar/ JPJ
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 45 motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, yang bermula awal hari ini.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata operasi bermula pada 1 pagi hingga 6.30 pagi itu turut mengeluarkan 450 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata operasi dijalankan di kawasan itu selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan kegiatan lumba haram.
"Motosikal yang kita (JPJ) sita dan keluarkan saman kebanyakannya milik kalangan mat rempit. Antara kesalahan dilakukan ialah ubah suai motosikal sehingga berbahaya kerana telah kurangkan tahap keselamatan motosikal seperti pengubahsuaian ekzos, tiada brek belakang dan penggunaan tayar 'sotong' semata-mata meningkatkan kapasiti kelajuan," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.
Menurut Lokman, hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang terlibat dalam lumba haram itu berusia 15 hingga 30 tahun malah ada dalam kalangan mereka sanggup berbelanja RM1,000 hingga RM5,000 untuk mengubah suai motosikal.
Beliau berkata operasi itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya khusus dalam kalangan penunggang motosikal.
Dalam operasi sama, seorang gadis turut merayu kepada pihak JPJ agar tidak menyita motosikal Yamaha Y15 milik teman lelakinya yang ditunggangnya tanpa lesen, kerana dia menunggang motosikal tersebut tanpa pengetahuan lelaki itu yang sedang menghadiri acara permotoran di Terengganu.
Gadis tersebut yang bekerja sebagai jurujual, menaiki motosikal itu bersama rakannya dari Sungai Petani, Kedah ke Butterworth untuk makan di kawasan tersebut.
Selain motosikal disita, gadis berusia 19 tahun tersebut turut dikenakan empat notis saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan, tiada insurans selain mengubah suai motosikal secara keterlaluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mat rempit
#JPJ
#pulau pinang
#BORR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan