awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tahan 10 prebet sapu bawa pelancong di ibu negara

Bernama
Bernama
12/10/2025
03:00 MYT
JPJ tahan 10 prebet sapu bawa pelancong di ibu negara
Dalam operasi khas di sekitar ibu kota semalam, JPJ WPKL menyita 10 kenderaan di kawasan tumpuan termasuk sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail. - Foto Facebook JPN WPKL
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya membongkar kegiatan pengangkutan haram atau "prebet sapu" menggunakan van dan kenderaan pelbagai guna mewah yang menjadikan pelancong asing sebagai sasaran dalam operasi khas di sekitar ibu kota, semalam.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata sebanyak 10 kenderaan disita dalam operasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam di kawasan tumpuan pusat bandar raya termasuk sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.
Lebih mengejutkan, lima daripada kenderaan itu dipandu warga asing dari Bangladesh, Yemen, India, dan Sudan manakala selebihnya warga tempatan.
"Ketika ditahan, 35 penumpang dari pelbagai negara termasuk China, Kanada, Pakistan, Bangladesh, India, Palestin dan Iraq sedang menggunakan perkhidmatan itu untuk ke lapangan terbang atau destinasi pelancongan lain.
"Ada antara mereka membayar pakej sehingga RM2,100 untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka yang merangkumi penginapan dan pengangkutan diuruskan ejen pelancongan," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi.
Hamidi berkata antara taktik digunakan ialah menunggu di kawasan hotel, terutamanya pada waktu puncak mendaftar keluar iaitu sekitar 12 tengah hari untuk mencari penumpang dalam kalangan pelancong yang ingin ke destinasi seterusnya.
Beliau mengingatkan syarikat pelancongan agar memastikan kenderaan membawa pelancong mematuhi peraturan termasuk memiliki Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), memandangkan sebahagian penumpang dalam operasi itu merupakan pelanggan syarikat berkenaan.
"JPJ Kuala Lumpur tidak akan berkompromi terhadap pihak melanggar undang-undang jalan raya. Pemantauan serta penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara," katanya.
Hamidi berkata 10 kenderaan itu disita atas pelbagai kesalahan iaitu salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), beroperasi tanpa Lesen Pengendali KPA dan tiada lesen memandu, selain saman dikeluarkan kepada pemandu serta pemilik mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 16(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#prebet sapu
#warga asing
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan