Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan apabila bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.
Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.
"Daripada 1,813 permohonan, 1,018 orang mahu mendapatkan khidmat nasihat, mengambil borang atau membuat semakan terhadap permohonan sebelum ini.
"Sepanjang program ini berlangsung, JPN juga menerima permohonan daripada kaum lain. Kita mohon mereka yang ada masalah, tidak kira apa pun supaya hadir ke program ini kerana ia diadakan untuk memudahkan mereka berurusan dengan JPN," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesaikan masalah pemohon secepat mungkin, kerana pihaknya perlu menjalankan siasatan termasuk membuat semakan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.
Sementara itu, Pengurus SITF G. K Ananddan menyifatkan dakwaan 300,000 orang India mempunyai masalah kewarganegaraan adalah tidak lojik memandangkan jumlahnya terlalu besar jika dibandingkan dengan populasi kaum tersebut di negara ini yang dianggarkan seramai 2.1 juta.
Program MyDaftar juga menurut beliau setakat ini, telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.
Menurutnya daripada jumlah itu, 7,000 permohonan berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam pertimbangan kerana masalah berkaitan dokumen tidak lengkap dan sebagainya, katanya.
Beliau juga menolak kemungkinan kaum India tidak sedar akan kewujudan program MyDaftar memandangkan publisiti telah diberikan menerusi media cetak dan elektronik, media sosial dan juga penyebaran brosur di lokasi tumpuan.
"Masalah kewarganegaraan berpunca akibat kurang kesedaran dan masalah gejala sosial dalam masyarakat sendiri. Kerajaan tidak wajar dipersalahkan dalam isu ini kerana tanggungjawab untuk mendaftar kelahiran terletak pada ibu bapa atau penjaga.
"Mereka yang seharusnya tampil melakukan urusan (pendaftaran). Tapi ada yang hanya berdiam diri dan datang berurusan dengan JPN apabila mengalami kesukaran seperti tidak boleh mendaftarkan anak ke sekolah kerana tiada sijil kelahiran," kata Ananddan.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mengalami masalah itu agar segera menyelesaikannya kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk pemohon mengemukakan bukti mereka dilahirkan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2017

Program MyDaftar telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

AWANI Ringkas: Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh selamat disemadikan

Kuasa pentadbiran agama Islam kekal milik negeri dalam tempoh darurat
Perbezaan elemen ketetapan jemaah masjid, sungguhpun terlihat kecil namun ia simbol pancaran bidang kuasa negeri dalam hal ehwal agama Islam di negara kita.

Video senaman, TikTok di pusat kuarantin: 'Bagus untuk moral pesakit' - Pakar perubatan
Pesakit COVID-19 melakukan senaman dan merakam video tarian tiktok bersama-sama di pusat kuarantin bukan satu masalah.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

#AWANIPagi Perkongsian bersama Tun Dr Mahathir Mohamad | 17 Januari 2021
Hujung-hujung minggu ini apa kata anda dengar perkongsian Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kesihatan. Selaku pakar perubatan, beliau juga kongsi pandangannya mengenai pandemik COVID-19 dengan penyampai #AWANIpagi. Saksikan 8.30 pagi Ahad ini.

Vaksin tidak cukup | Kerajaan AS, negeri salahkan satu sama lain
Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat kini menyalahkan satu sama lain atas bekalan vaksin COVID-19 yang tidak mencukupi di negara itu. Beberapa negeri mendakwa pentadbiran Trump menipu mengenai jumlah vaksin yang akan diedarkan, demi memulihkan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

Angkat sumpah Biden | Kawalan keselamatan dilipat ganda di Washington DC
Kawalan keselamatan diperketatkan di ibu negara Amerika Syarikat, Washington DC sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden pada 21 Januari ini. Kebanyakan kawasan yang secara tradisinya penting kepada perjalanan upacara tersebut, termasuk The National Mall, ditutup kepada orang awam kali ini.

Ciplak produk | Daftar cap dagang, kalau tidak mahu 'menangis'
Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi mengelakkan kejadian seperti isu ciplak dan tiruan berlaku terhadap sesuatu produk.

Takziah | Jenazah Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat dikebumikan
Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat disemadikan kira-kira jam 10.40 pagi tadi. Allayarham yang berusia 91 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara Kuala Terengganu.

JPN nafi 300,000 kaum India tidak punyai kad pengenalan
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.