awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN nafi bayaran proses MyKad naik dari RM10 ke RM50

Bernama
Bernama
19/09/2015
01:38 MYT
JPN nafi bayaran proses MyKad naik dari RM10 ke RM50
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad. - Gambar Hiasan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.
JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.
"Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad," menurutnya.
Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
"Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.
Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.
Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 8880 7077 atau e-mel ke [email protected].
Topic Berkaitan
#Facebook
#IC
#Jabatan Pendaftaran Negara
#kad pengenalan
#mykad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan