awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN sedia bantu ibu tunggal dapatkan dokumen pengenalan diri

Bernama
Bernama
09/04/2025
15:39 MYT
JPN sedia bantu ibu tunggal dapatkan dokumen pengenalan diri
Pihak JPN Kelantan berkunjung ke rumah Zalani Aziz di Wakaf Raja bagi meneliti permasalahan yang dihadapi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan bersedia membantu seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pengutip tin dan besi buruk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri keluarganya.
Pengarah JPN Kelantan Halimatusaadiah Ramli berkata pihaknya berkunjung ke rumah Zalani Aziz, 43, di Kampung Dalam Pisang, Wakaf Raja semalam bagi meneliti permasalahan yang dihadapi.
"Lawatan ini bertujuan mengenal pasti punca sebenar masalah dan membantu dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri, khususnya sijil kelahiran mengikut peraturan dan akta yang berkuat kuasa.
"Kita akan bantu berdasarkan dokumen yang dapat dikemukakan, termasuk sijil nikah serta dokumen berkaitan kelahiran di hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zalani sebelum ini memaklumkan kepada media bahawa lima daripada enam anaknya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Situasi itu menyebabkan kesemua anaknya yang berusia antara enam hingga 25 tahun tidak dapat bersekolah dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sebarang bantuan.
Media sebelum ini melaporkan Zalani menyara kehidupan 10 ahli keluarganya dengan mengutip tin dan besi buruk sejak enam tahun lepas.
Dia menjalankan pekerjaan itu selama 14 jam sehari, bermula pukul 10 pagi hingga lewat malam menggunakan sebuah basikal tua untuk mengutip barangan terpakai di Kota Bharu dan Jertih, Terengganu.
Hasil kutipan itu disimpan di rumahnya sebelum dijual sebulan sekali, dengan pendapatan kurang daripada RM200 untuk digunakan membayar sewa rumah dan membeli makanan.
Kesukaran hidup yang dilaluinya mula mendapat perhatian selepas tular video berdurasi 40 minit yang memaparkan dua anggota polis membantu mengepam angin tayar basikalnya, sekali gus mencetuskan simpati orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran
#JPN
#Kelantan
#dokumen pengenalan diri
#zalani aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan