MALAYSIA
JPNS diarah segera siasat murid 9 tahun maut jatuh lubang kumbahan di sekolah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini, pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat segera kejadian menimpa murid sembilan tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah KPM Mohd Azam Ahmad dalam kenyataan berkata KPM mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk sentiasa memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.
"KPM menzahirkan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan seperti yang dilaporkan media pada hari ini.
"Kejadian ini sangat mendukacitakan. JPNS diarah untuk menyiasat segera kejadian ini...tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard," katanya.
Beliau berkata KPM memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan.
Media hari ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai di sini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM merakamkan takziah kepada keluarga murid sembilan tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, dan menyifatkan kejadian itu sebagai amat mendukacitakan.
- Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera, dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard berkaitan keselamatan fasiliti sekolah.
- KPM menekankan keperluan semua pentadbir sekolah dan jabatan pendidikan memastikan fasiliti berada dalam keadaan selamat, serta memberi perhatian serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan warga institusi pendidikan.