awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPS keluar amaran banjir di Beaufort

Bernama
Bernama
20/12/2015
12:24 MYT
JPS keluar amaran banjir di Beaufort
JPS turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah yang berhampiran dengan Sungai Padas di Beaufort dan Tenom agar mengambil langkah berjaga-jaga. - Gambar Fail
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan paras air di Sungai Padas, Beaufort akan melepasi paras bahaya pada pukul 3 pagi esok, sekali gus menyebabkan banjir di kawasan rendah sekitarnya.
Menurut laman sesawang JPS yang dikemas kini pukul 7 malam ini, paras air Sungai Padas, Beaufort dan Sungai Padas, Tenom masing-masing pada 8.34 dan 175.96 meter iaitu kedua-duanya melepasi paras amaran.
Menurut laman sesawang JPS itu lagi, apabila paras air mencecah paras bahaya di Stesen Sungai Padas, kawasan yang diramal dinaiki air adalah Pekan Beaufort, Kampung Bakuku, Kampung Lalangut, Kampung Pintas, Kampung Limbawang, Kampung Melati, Kampung Suasa, Kampung Lingkuhulu dan kawasan rendah sekitar Sungai Padas.
JPS turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah yang berhampiran dengan Sungai Padas di Beaufort dan Tenom agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#Beaufort
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#JPS
#Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan