awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPV Sarawak buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook

Bernama
Bernama
05/01/2018
20:20 MYT
JPV Sarawak buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook
Dev Kumar berkata walaupun laman Facebook itu berniat baik untuk menyelamatkan anjing-anjing liar tersebut, ia kelihatan lebih kepada menghasut keganasan dalam kalangan peminat laman itu. - Gambar hiasan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak membuat laporan polis pada Khamis berhubung beberapa catatan pada sebuah laman Facebook yang memperjuangkan hak anjing liar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata pihaknya telah melihat laman itu dan mendapati terdapat beberapa komen berunsur jenayah.
Beliau berkata pemilik akaun Facebook itu mencadangkan agar membunuh anggota yang terlibat dalam operasi menangkap anjing liar, sementara terdapat komen lain yang turut menyarankan untuk membuat sekatan jalan bagi melepaskan anjing liar yang ditahan dan menggunakan pendekatan ekstrem untuk menghalang operasi itu.
"Pihak polis tidak gusar dengan ancaman terhadap kakitangan awam yang sudah diamanahkan untuk menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata walaupun laman Facebook itu berniat baik untuk menyelamatkan anjing-anjing liar tersebut, ia kelihatan lebih kepada menghasut keganasan dalam kalangan peminat laman itu.
"Pihak polis sedang menyiasat laporan itu sebagai jenayah ugutan dan akan memanggil pemilik akaun tersebut untuk siasatan.
"Pada masa sama, kami memberi amaran kepada pihak yang cuba menghalang anggota kakitangan veterinar daripada menjalankan tanggungjawab mereka," katanya sambil menambah sebarang cubaan menggunakan kekerasan, mendatangkan bahaya atau menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas boleh didakwa di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing liar
#bunuh
#Dev Kumar
#Facebook
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#jenayah
#komen
#operasi
#Sarawak
#ugutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan