awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JSJN Negeri Sembilan lupus barangan kes dadah bernilai lebih RM6.7 juta

Bernama
Bernama
07/08/2025
15:15 MYT
JSJN Negeri Sembilan lupus barangan kes dadah bernilai lebih RM6.7 juta
Ahmad Dzaffir berkata bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini JSJN negeri telah membuat tangkapan seramai 4,713 individu dengan pelbagai kesalahan dadah berbahaya. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Negeri Sembilan melupuskan secara bersepadu barangan kes dadah bagi tempoh 2001 hingga Julai tahun ini berjumlah RM6.725 juta.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata antara jenis dadah yang dilupuskan ialah pil ekstasi seberat 21,075 gram (g) bernilai RM3.5 juta; 89,921g syabu (RM2.91 juta); 1,277.34g ketamin (RM105,468); 5,428.9g heroin (RM58,722); dan 33.46g cecair vape(RM33,470).
"Ia melibatkan rampasan dadah yang selesai perbicaraan dan masih tersimpan di stor barang kes narkotik di daerah di negeri ini membabitkan 2,076 kertas siasatan bagi tempoh 2001 hingga tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini JSJN negeri telah membuat tangkapan seramai 4,713 individu dengan pelbagai kesalahan dadah berbahaya.
Ahmad Dzaffir berkata daripada jumlah itu seramai 2,734 adalah penagih dadah, 1,313 (pemilikan dadah) dan 664 pengedar dadah.
"Hasil daripada tangkapan pengedaran dadah itu jumlah anggaran sitaan yang melibatkan aset pengedar dadah adalah RM6.534 juta," katanya.
Beliau berkata pihaknya serius membanteras dadah dan tumpuan adalah untuk melumpuhkan ekonomi pengedaran dadah dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti menyalahi undang-undang.
Ahmad Dzaffir berkata PDRM memohon kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat dalam usaha menghapuskan dadah di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#vape
#undang-undang
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan