MALAYSIA
JSJN rampas syabu RM6.5 juta, tumpas sindiket di Pasir Mas

Hussein Omar (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah selepas merampas syabu seberat 204 kilogram bernilai RM6.5 juta dalam serbuan di sebuah premis di Pasir Mas pada 25 Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Polis menumpaskan sindiket dadah dengan rampasan syabu seberat 204kg bernilai RM6.5 juta di Pasir Mas, dan menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai transporter.
- Dadah diseludup melalui pangkalan haram dan disembunyikan di kawasan semak sebelum diedarkan ke Lembah Klang; kedai runcit milik suspek turut disita.
- Suspek direman 14 hari dan positif dadah, mempunyai rekod jenayah lampau; JSJN terus komited memerangi dadah dan menyeru orang awam menyalurkan maklumat.
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu berperanan sebagai transporter sindiket, iaitu mengangkut bekalan dadah dari Kampung Terusan menggunakan bot sebelum dipunggah dan disembunyikan di kawasan semak untuk diambil ahli lain bagi tujuan edaran.
"Modus operandi sindiket ialah menggunakan pangkalan haram yang tidak dimiliki sesiapa, selain menjadikan Pasir Mas sebagai transit sebelum bekalan itu disalurkan ke pasaran Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

ntara dadah yang dirampas dipamerkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini. - Foto Bernama
Hussein berkata suspek yang bekerja sebagai peniaga runcit turut didapati positif methamphetamine serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan satu kes jenayah.
"Suspek kini direman 14 hari bermula 26 Ogos hingga 8 Sept ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita dua kenderaan iaitu Proton Persona dan van Ford Econovan, wang tunai RM15,700 serta wang dalam akaun berjumlah RM708," katanya.
Menurut beliau, kedai runcit milik suspek juga disita kerana dipercayai digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa manakala beberapa lagi ahli sindiket masih diburu.
"Hasil risikan kes ini adalah selama sebulan dan Kelantan terus digunakan sebagai transit utama sindiket penyeludupan dadah melalui sempadan negara.
"JSJN komited memerangi dadah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-2087222. Kami amat menghargai kerjasama orang awam dalam membantu operasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami