IPOH:Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak telah membuka sebanyak 10 kertas siasatan ke atas sebuah syarikat sarung tangan di kawasan perumahan Tasek di sini yang didapati melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Pengarah JTK Perak Muhamad Fauzi Abd Ghani berkata siasatan itu dijalankan selepas pihaknya mengesan kesalahan di salah sebuah daripada asrama tempat penginapan pekerja yang dimiliki syarikat berkenaan dalam operasi dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan negeri pada November tahun lepas.
"Kita akan meneruskan tindakan dan kini dalam proses akhir untuk pendakwaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Ops Khas ke Atas Asrama dan Penginapan Pekerja di bawah Akta 446 melibatkan 15 anggota JTK Perak yang dijalankan di sekitar Chemor di sini hari ini.
Kesalahan yang dikesan ketika operasi di syarikat sarung tangan berkenaan antaranya tempat penginapan disediakan melebihi kapasiti serta jumlah bilik air tidak sepadan dengan jumlah pekerja yang menginap.
Operasi itu turut mendapati aspek kebersihan di tempat penginapan terbabit terabai dengan keadaan dalam rumah berselerak selain tempat penginapan terbabit tidak mempunyai surat perakuan penginapan dikeluarkan JTK.
Sekiranya sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 untuk seorang pekerja.
Mengenai operasi yang dijalankan bermula pukul 10 pagi tadi di beberapa asrama pekerja sebuah kilang plaster siling, Muhamad Fauzi berkata pihaknya mengesan kilang berkenaan turut gagal mematuhi peruntukan ditetapkan mengikut Akta 446 malah tidak mendapatkan perakuan penginapan pekerja daripada JTK.
"Pemeriksaan mendapati keadaan asrama terlalu daif, kotor dan tidak sepatutnya majikan memberi kemudahan yang sebegitu kepada pekerja.
Kalau mengikut peruntukan undang-undang, majikan perlu menyediakan tandas, tempat masak dan tempat tinggal yang bersesuaian," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati ruang antara dua katil jenis dua tingkat kurang dari 0.7 meter yang dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja.
Susulan itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka ke atas majikan syarikat plaster siling berkenaan di bawah Akta 446 bagi tindakan lanjut.
Katanya JTK memulakan tindakan penguatkuasaan pada tahun ini selepas pihaknya memberikan pendidikan kepada para majikan supaya memohon sijil penginapan daripada JTK dan majikan yang gagal menyediakan perkara ditetapkan di bawah undang-undang di asrama penginapan pekerja akan dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Kesalahan yang dikesan ketika operasi di syarikat sarung tangan berkenaan antaranya tempat penginapan disediakan melebihi kapasiti serta jumlah bilik air tidak sepadan dengan jumlah pekerja yang menginap. - Foto Sinar Harian

COVID-19 | Kuarantin pesakit COVID-19 di rumah, langkah terbaik?

PERMAI | Pemandu teksi bersyukur terima one-off RM500
Pemberian secara ''one-off" sebanyak RM500 kepada pemandu teksi disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur lebih 100 pemandu teksi di Kedah. Rata-rata golongan B40 ini dapat menarik helah kelegaan dengan pemberian oleh kerajaan ini sedikit sebanyak meringankan beban berdepan impak COVID-19.

PERMAI | Subsidi ujian COVID-19, PPE kepada klinik swasta
Menerusi subsidi tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Dr Suhaily Mohd Hairon berkata, harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan berkenaan.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Harimau Malaya boleh adakan kem latihan pusat secara kuarantin - KBS
Skuad Harimau Malaya boleh menarik lafas lega apabila KBS membenarkan mereka mengadakan latihan pusat menggunakan pendekatan kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Halimah Sadique sah positif COVID-19
Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.

Letupan lombong di China: Bekalan makanan, ubatan berjaya disalurkan
Operasi menyelamat 22 pekerja yang terperangkap selepas kejadian letupan sebuah lombong emas di China diteruskan pada Selasa.

PKP 2.0: Awas! Jangan ingat musim hujan tiada sekatan jalan raya - Polis Sabah
Polis tidak berkompromi kepada mana-mana individu yang didapati cuba mengambil kesempatan merentas daerah tanpa kebenaran ketika musim hujan dan banjir di negeri ini.

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina
Gempa bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.

Hanya 25 dari 5,000 majikan mohon perakuan penginapan - JTK NS
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menggesa majikan di negeri ini untuk segera memohon Perakuan Penginapan kerana setakat ini hanya 25 daripada 5,000 majikan membuat permohonan tersebut.

JTK buka 10 kertas siasatan ke atas syarikat sarung tangan di Ipoh
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak telah membuka sebanyak 10 kertas siasatan ke atas sebuah syarikat sarung tangan di kawasan perumahan Tasek.

Akta 446: Kilang pengeluar sarung tangan di Klang diserbu JTKSM
Sebuah kilang pengeluar sarung tangan di Klang, Selangor diserbu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam operasi bersepadu pada Khamis.

Majikan diminta segera buat permohonan perakuan penginapan - KSM
KSM berkata ia merupakan sebahagian daripada penguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Majikan diwajib dapatkan perakuan penginapan pekerja dari JTKSM
Majikan diwajibkan memperoleh perakuan penginapan pekerja daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai prasyarat sebelum membawa masuk pekerja asing di negara ini.

Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Denda RM50,000 terhadap majikan gagal patuh Akta 446 - Saravanan
Kegagalan majikan mematuhi Akta 446 yang dikuatkuasakan sepenuhnya bermula Selasa depan akan dikenakan denda RM50,000 bagi setiap kesalahan.

COVID-19: Adu ke Jabatan Tenaga Kerja jika hilang kerja
Setakat ini satu aduan diterima membabitkan 500 pemandu bas persiaran yang tidak dibayar gaji oleh majikan.

COVID-19: 500 pemandu bas persiaran terjejas - Mahfuz
Pemandu tersebut tidak diberhentikan kerja tetapi telah tidak dibayar gaji oleh majikan mereka.

Pekerja rasa ditindas, tidak dijaga kebajikan boleh lapor kepada JTKSM
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mewujudkan persekitaran yang selesa selain menjaga kebajikan setiap warga kerjanya.