awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022

Bernama
Bernama
30/11/2023
22:00 MYT
JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022
JTKS mengeluarkan sebanyak 1,660 kertas siasatan membabitkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 dalam tempoh Jan sehingga Okt 2023.
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKS) mengeluarkan sebanyak 1,660 kertas siasatan membabitkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 dalam tempoh Januari sehingga Oktober 2023.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah kertas siasatan tertinggi dengan 306 kes, diikuti Johor dengan 294 kertas siasatan dan Perak 220 kertas siasatan.
Daripada jumlah keseluruhan kertas siasatan tersebut, sebanyak 357 kertas siasatan mendapat izin dakwa dan membawa kepada jumlah denda sebanyak RM426,736 manakala sejumlah 792 kertas siasatan mendapat izin kompaun dengan jumlah tawaran kompaun bernilai RM4 juta, menurut KSM.
JTKS turut mengendalikan kes buruh yang merangkumi bayaran-bayaran terhadap tuntutan seperti bayaran gaji, bayaran faedah penamatan kerja, bayaran notis penamatan dan juga bayaran cuti tahunan.
"Bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2023, sebanyak 14,012 kes buruh telah dikendali dan daripada jumlah berkenaan, sejumlah 13,006 kes diterima yang membawa kepada Jumlah Perintah bayaran sebanyak RM65.24 juta," menurut KSM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
#kertas siasatan
#Akta Kerja 1955
#JTKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan