awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual aset di Jalan Semarak untuk selamatkan Felcra - Azmin

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
25/10/2018
04:16 MYT
Jual aset di Jalan Semarak untuk selamatkan Felcra - Azmin
Jelas Azmin langkah itu dijangka dapat memberi balik keuntungan kepada Felcra dimana nilai hartanah semasa bagi kawasan itu ialah sebanyak RM115 juta. - Gambar fail
Keputusan kerajaan untuk menjual aset Felcra Berhad di Jalan Semarak dibuat sebagai usaha menyelamatkan syarikat itu yang kini terbeban dengan masalah kewangan kerana terpaksa menanggung kos projek tersebut.
Jelas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, langkah itu dijangka dapat memberi balik keuntungan kepada Felcra dimana nilai hartanah semasa bagi kawasan itu ialah sebanyak RM115 juta.
"Namun setelah kerja ini dianugerahkan kepada pihak kontraktor ia dicagar untuk meneruskan pembiayaan projek walau tidak dipersetujui Felcra.
"Dan apabila Felcra menjadi pemaju Felcra terdedah kepada liabiliti kewangan. Seperti syarikat lain Felcra terpaksa menimbang kedudukan kewangan untuk itu Felcra akan menjual kesemua aset di Jalan Semarak," katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said meminta menteri menjelaskan rational penjualan menara Felcra.
Projek Menara FELCRA yang dibina di kawasan seluas 4.2 hektar membabitkan projek pembangunan campuran termasuk sebuah menara 35 tingkat pejabat, sebuah menara kediaman 43 tingkat, dan pusat membeli-belah.
Katanya, kerajaan akan memastikan Felcra mendapat tawaran pembelian aset yang tinggi sebagai satu strategi menyelamatkan aliran kewangan syarikat itu.
Katanya, kerajaan akan memastikan Felcra mendapat tawaran pembelian aset yang menguntungkan syarikat itu.
Ini dibuat bagi memastikan komitmen Felcra membayar elaun sara diri dan dividen terhadap lebih 100,000 pesertanya termasuk Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Dewan Rakyat
#FELCRA
#hutang
#Ismail Mohamed Said
#masalah kewangan
#menteri
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan