MELAKA: Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai menjual barangan curi penjagaan diri di media sosial dalam serbuan berasingan di sini sejak Sabtu lalu.
Perbuatan kesemua suspek berusia di antara 38 hingga 46 tahun itu terbongkar selepas polis menerima lima laporan kecurian bermula Mei hingga Julai ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah menyerbu sebuah rumah sewa di Taman Ayer Molek Perdana dan merampas barangan hasil curi serta peralatan yang digunakan suspek pada 24 Julai lalu.
Menurut beliau, hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki lelaki berusia 38 tahun di kawasan rumah kedai di Malim pada hari sama.
"Tangkapan kedua dilakukan sehari selepas itu melibatkan lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai ketua kumpulan berkenaan di sebuah chalet di Pengkalan Balak.
"Tangkapan dua suspek itu membawa kepada penahanan seorang warga asing berusia 39 tahun di Krubong pada Selasa lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Afzanizar berkata, suspek dipercayai akan mencuri barangan penjagaan diri dan kulit di pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi sebelum menjualnya semula secara dalam talian di media sosial.
"Suspek pertama yang ditahan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah. Turut dirampas bersama ialah barang dipercayai dicuri.
Artikel Penuh: Jual barang curi di media sosial, tiga lelaki ditahan
Sinar Harian
Sat Jul 31 2021
Sebahagian barangan penjagaan diri yang dicuri dan dijual secara dalam talian. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Jual barang curi di media sosial, tiga lelaki ditahan
Perbuatan kesemua suspek berusia di antara 38 hingga 46 tahun itu terbongkar selepas polis menerima lima laporan kecurian bermula Mei.
Jual barangan curi di Facebook, suami isteri ditangkap
Kegiatan sepasang suami isteri yang menggunakan aplikasi Facebook dan WhatsApp sebagai medium untuk menjual komponen motosikal secara atas talian akhirnya terbongkar.