BANGKOK: Umum tahu syarikat gergasi Apple kini ‘menggoda’ pengguna telefon pintar sedunia dengan edisi terbaharu mereka iaitu iPhone 14, dan harganya pula diketahui antara yang termahal dalam kategori gajet seumpamanya pada zaman ini.
Dalam kalangan warga maya, keinginan memiliki gajet tersebut dijadikan satu topik perbualan hangat, hinggakan tidak kurang jumlahnya yang terbiasa menggunakan jenaka ‘perlu jual buah pinggang untuk memilikinya’.
Meskipun ia sekadar bahan lawak untuk memberi contoh perbandingan harga, netizen di banyak negara di seluruh dunia pernah mendengar dan menyebutnya. Di Thailand, frasa dan tanda pagar ‘jual buah pinggang untuk iPhone 14’ dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
Perkembangan itu menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah golongan profesional, terutamanya mereka yang berkhidmat dalam bidang rawatan kesihatan dan perubatan.
Portal Bangkok Post melaporkan, Pengarah Urusan Pusat Pendermaan Organ di bawah Persatuan Palang Merah Thailand, Dr Sophon Mekthon pada Ahad berkata, isu pemerdagangan organ dalaman adalah sangat sensitif.
“Lawak dan meme yang mencadangkan individu supaya sanggup menjual buah pinggang mereka demi sebuah iPhone adalah tidak wajar dan tidak beretika,” tegasnya.
Katanya, Persatuan Palang Merah Thailand yang bertanggungjawab dalam hal pendermaan organ menegaskan bahawa tiada pemerdagangan organ dalaman manusia berlaku di negara itu.
“Pendermaan dan pemindahan organ dalaman hanya dilakukan antara ahli keluarga yang rapat, seperti ibu bapa dan anak-anak. Tiada perdagangan (organ) seumpamanya.
“Adalah tidak wajar, walau hanya dengan memberi cadangan untuk menjual organ, hanya untuk mendapatkan duit demi membeli iPhone. Ia salah dari segi moral dan etika,” katanya.
Walaupun kebanyakan netizen menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, hal mengorbankan organ dalaman untuk mendapatkan wang adalah suatu perkara yang boleh saja terjadi dalam kelompok masyarakat tertentu yang berdepan situasi terdesak. Di negara tertentu di dunia ini, turut berdepan isu pemerdagangan organ dalaman manusia di pasaran gelap hingga menjadi masalah yang membimbangkan.
Maka, tidak sesuai jika ‘idea’ menjual organ untuk ganjaran wang atau kesenangan segera, sering diulang dan diuar-uarkan dalam pemikiran umum.
Dr Sophon berkata, seseorang itu boleh mendermakan tubuh mereka untuk kajian perubatan, termasuk organ seperti jantung, mata dan hati, namun selepas individu itu meninggal dunia.
Beliau sebaliknya menyeru agar orang ramai berdaftar sebagai penderma organ, memandangkan terdapat kekurangan penderma organ buat masa ini di Thailand sedangkan kira-kira 6,000 penerima sedang dalam senarai menunggu.
Agensi
Mon Sep 12 2022
Perkembangan itu menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah golongan profesional, terutamanya mereka yang berkhidmat dalam bidang rawatan kesihatan dan perubatan. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 18 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin
Bungkusan kecil yang diikat benang di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.