KUALA LUMPUR: Seorang peniaga burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Dengan hanya berniaga di hadapan rumahnya Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi pihak polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggannya kira-kira jam 11 malam.
Ketika ini, negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, dia menganggap ada hikmah di sebalik kejadian berkenaan.
"Alahai dugaan bulan puasa, berniaga burger depan tangga rumah, pukul 11 malam polis mari. Niaga burger kena kompaun RM50,000.
"Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah, Ada hikmah di sebalik kejadian, niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan saja," katanya melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.
Dalam pada itu, status yang dimuat naik Wan Mohd Faisal itu turut tular di media sosial.
Rata-rata netizen bersimpati dengan Wan Mohd Faisal dan menyifatkan tindakan kompaun RM50,000 itu tidak wajar dan berpendapat pihak berkuasa sepatutnya sekadar memberi peringatan, bukan tindakan kompaun.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Wan Mohd Faisal, ketika dihubungi berkata ketika kejadian, semua meja makan di kedainya telah disimpan kerana tiada lagi pelanggan, namun dia belum menutup kedainya kerana sedang menyiapkan pesanan.
Mengulas perkara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mengesahkan peniaga itu diberi notis kompaun RM50,000 setelah didapati berniaga melebihi waktu yang ditetapkan dalam tempoh PKP iaitu sehingga 10 malam.
Katanya, peniaga itu juga dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk membuka meja untuk pelanggan selain tidak menyediakan peralatan saringan suhu dan sebagainya.
"Disebabkan kesalahan-kesalahan itu kita keluarkan kompaun maksimum sebanyak RM50,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Astro Awani
Mon Apr 26 2021
Wan Mohd Faisal kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan. - Gambar/ FB @Faisal Burger
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dua anggota polis disyaki peras peniaga burger ditahan
Dua anggota polis peronda yang disyaki melakukan pemerasan wang terhadap seorang peniaga burger sambilan telah ditahan.
Banjir: Demi kelangsungan hidup, peniaga burger teruskan perniagaan
Dia tiada pilihan selain meneruskan rutin hariannya itu memandangkan mempunyai tanggungan yang perlu disara di rumah.
Penguasa perlu ada budi bicara sebelum keluarkan kompaun - Mas Ermieyati
Anggota penguat kuasa disaran menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP.
Tiga peniaga dikompaun RM50,000 sudah kemuka rayuan - JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menerima rayuan daripada tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Ahad lepas.
KKM kaji pengurangan, pengecualian terhadap kes peniaga burger dikompaun RM50,000
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.
Neelofa bantu bayar kompaun? 'Rasa mudah sikitlah' - Peniaga burger
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story beliau memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.
Kompaun peniaga RM50,000: Itu tidak sepatutnya berlaku - Ismail Sabri
KKM akan mengambil tindakan susulan berhubung isu kompaun RM50,000 yang dikenakan ke atas peniaga yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dikompaun RM50,000, peniaga colek akui tidak mungkin mampu bayar walau diberi pengurangan
Selepas kecoh seorang peniaga burger dikompaun RM50,000 pada Ahad malam di sini, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah di sini, mendedahkan turut menerima nasib sama.
Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula - Polis
Polis juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.
Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000
Seorang penjual burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.