SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan sangat prihatin apabila diberitahu mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir pengamal perubatan swasta di negeri ini yang didapati menawarkan serta menjual sijil digital vaksin COVID-19 palsu kepada orang ramai.
Istana Alam Shah menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office hari ini memaklumkan Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa terkejut dengan modus operandi yang diguna pakai seorang doktor yang juga pemilik sebuah klinik di Gombak dan enam pembantu yang ditahan polis Selangor baru-baru ini yang tergamak mencemarkan etika kerja perubatan profesional.
Titah baginda, menerusi siasatan awal, mereka turut terlibat memberikan suntikan kosong dengan membuang cecair vaksin COVID-19 yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada 5,601 pelanggan yang terdiri daripada golongan antivaksin.
Lebih mendukacitakan baginda, ada dalam kalangan pengamal perubatan yang terlibat dengan kegiatan ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, namun sanggup melakukan perkara yang keji dan berdosa demi memperoleh kekayaan segera.
"Baginda amat kecewa dengan perkembangan terbaharu ini yang boleh menjejaskan usaha kerajaan dan KKM untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
"Baginda telah meminta pihak-pihak berkuasa di Selangor supaya menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati menyalah guna kuasa sebagai pengamal perubatan. Jika didapati bersalah, mereka ini harus dijatuhi hukuman paling berat," menurut hantaran itu.
Sultan Selangor turut mempersoalkan sekiranya kegiatan sebegini terus berleluasa ditambah dengan kedegilan golongan antivaksin, bilakah kemelut wabak COVID-19 yang telah membelenggu dunia serta mengorbankan jutaan nyawa sejak dua tahun lepas akan berakhir.
"Rakyat di negara ini tidak akan mampu lagi berhadapan krisis kesihatan kesan daripada penularan wabak penyakit seperti COVID-19, yang telah melumpuhkan ekonomi dan menjejaskan kehidupan harian.
"Baginda berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi semata-mata tanpa mempedulikan kesan buruk yang boleh berlaku terhadap masyarakat khususnya apabila membabitkan hal ehwal kesihatan awam," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa terkejut dengan modus operandi yang diguna pakai seorang doktor yang juga pemilik sebuah klinik di Gombak yang ditahan polis Selangor baru-baru ini. - Gambar fail/ Bernama
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Sultan Pahang, Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri Pahang agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan
Sultan Sharafuddin zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu.
Orang Melayu perlu kukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa, ummah - Sultan Sharafuddin
Negara yang rakyatnya tidak bersatu padu dan berpecah belah, tidak akan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan yang diharapkan.
Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor
Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).