PASIR MAS: Jualan Agro Madani di Masjid Mukim Chetok, Pasir Mas hari ini memberi kelegaan kepada penduduk Pasir Mas termasuk mereka yang terkesan dengan banjir di jajahan berkenaan.
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
Ayam serendah RM12 seekor serta barangan keperluan lain habis dijual dalam tempoh masa yang singkat.
Menurut Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA (Operasi), Mohd Hafiz Nurulhuda, Jualan Agro Madani pada hari ini merupakan jualan yang ke-354.
"Sepanjang Januari hingga Disember, setakat ini, Jualan Agro Madani telah menjelajah ke seluruh Kelantan melibatkan 354 lokalti.
"Sepanjang tempoh itu juga, jualan di Agro Madani berjaya mencecah lebih RM1.9 juta," katanya ketika ditemui di program Jualan Agro Madani Masjid Mukim Chetok di sini hari ini.
Katanya sepanjang Jualan Agro Madani berlangsung, ia telah memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan serta dapat menjimatkan lebih RM500,000 harga barangan yang dijual.
"Dan setiap kali program jualan ini dilangsungkan, FAMA menyasarkan penjimatan sehingga 30 peratus produk makanan yang dijual.
"Antara barangan yang dijual telur ayam, beras, ayam yang mana barangan tersebut antara yang dicari orang ramai dan mendapat permintaan tinggi masyarakat setempat," katanya.
Menurut Mohd Hafiz lagi, sepanjang Jualan Agro Madani di seluruh Kelantan diadakan, ia berjaya menarik minat rakyat Kelantan sehingga merekodkan kehadiran pengunjung melebihi 124,000 orang hingga 24 Disember lepas.
Sementara itu bagi pengunjung serta peniaga, Jualan Agro Madani merupakan tempat yang menjadi pilihan rakyat setempat.
Ia membuka peluang kepada pengunjung mendapatkan makanan keperluan dengan harga rendah.
Bagi peniaga, Maimun Hassan, barangan yang dijual umpama di pasar tani dalam keadaan segar dan harga yang lebih murah.
"Semua barangan di sini harga dia murah dan segar... ada ayam ada ikan, sayur terus dari FAMA. Memang jualan memberangsangkanlah," katanya.
Azizah Muhamad antara pengunjung yang hadir seawal jam 8 pagi mengakui harga barangan yang dijual di sini jauh lebih murah dari tempat lain.
"Rumah saya lebih kurang 5 kilometer dari Masjid Chetok ini. Pertama kali datang tengok harga barang murah dan sesuai bagi golongan berpendapatan rendah.
"Diharapkan Jualan Agro Madani ini diteruskan lagi di masa akan datang kerana ia amat membantu dan bermakna bagi golongan yang berpendapatan rendah," jelasnya.
Astro Awani
Fri Dec 29 2023
Mohd Hafiz (dua, kanan) ketika beramah mesra dengan peniaga dan pembeli di Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah dari pasaran. -FAMA
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur untuk rapat dengan warga kota
Ia merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.
Jualan Agro MADANI terbukti dapat ringankan beban rakyat
Selain pengguna, peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan susulan hasil jualan meningkat.
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Monsun Timur Laut: FAMA bekal 60,000 kit makanan kepada NADMA
KPKM menerusi FAMA akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada NADMA untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir.