awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan Agro Madani tawar barang keperluan 30 peratus lebih murah - Mohamad Sabu

Fareez Azman
Fareez Azman
16/04/2023
04:40 MYT
Jualan Agro Madani tawar barang keperluan 30 peratus lebih murah - Mohamad Sabu
Mohamad berkata, program itu bermula dengan 10 lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai projek rintis sebelum diperluaskan. - Gambar/ Astro AWANI
KLANG: Rakyat kini boleh mendapatkan harga barangan keperluan harian dengan harga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran menerusi Jualan Agro Madani di seluruh negara.
Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, program itu bermula dengan 10 lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai projek rintis sebelum diperluaskan.
"Jualan Agro Madani, dulu Jualan Terus Dari Ladang, objektifnya tidak ada lain untuk mengurangkan harga seperti keluhan orang bawah. Orang kaya tidak ada masalah, bagi kita perlu jualan seperti ini meringankan sedikit bebanan.
"(Akan diperluas di) seluruh negara, tapi di Selangor lebih ramai miskin bandar berbanding kampung. Jadi kemiskinan bandar orang tidak sedar, ketara di bandar.
"Ini salah satu cara kita mengurangkan bebanan golongan B40 dan M40 sepanjang Ramadan dan Syawal untuk menyediakan makanan," jelasnya ketika ditemui media selepas melancarkan Jualan Agro Madani di Dataran Usahawan Kompleks Penghuku, Kampung Johan Setia, Klang pada Ahad.
Terdahulu, Mohamad meluangkan masa kira-kira dua jam beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan Jualan Agro Madani.
Program itu menyasarkan nilai jualan RM150,000 bagi 10 kali penganjurannya melibatkan lebih 5,000 pengunjung yang hadir dengan nilai penjimatan berjumlah RM45,000.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ayam dijual dengan harga RM8 seekor, manakala sayur-sayuran dijual dengan harga lebih murah berbanding pasaran biasa.
Topic Berkaitan
#Jualan Agro Madani
#Mohamad Sabu
#harga barang keperluan
#B40 dan M40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan