MARAN: Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program yang dilaksanakan itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 600 Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Daripada jumlah itu (6,870 program), sebanyak 3,053 PJR (program Jualan Rahmah) di dalam premis, 685 PJR di luar premis dan sebanyak 3,132 melibatkan Program Jualan Rahmah Bergerak.
"Bagi tahun ini, kita menyasarkan untuk mengadakan PJR secara berterusan dengan minimum dua kali sebulan bagi setiap kawasan Parlimen tetapi tidak mustahil lebih dari dua kali jika sambutan menggalakkan," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian selepas sesi walkabout Karnival Jualan Rahmah Madani Pahang di Dataran Anjung Pusat Bandar Jengka, di sini hari ini.
Fuziah berkata PJR tahun ini turut dimeriahkan dengan Jualan Rahmah Back To School bermula 2 hingga 3 Mac di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara yang menawarkan kelengkapan persekolahan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding di pasaran.
Bagi negeri Pahang, beliau berkata KPDN negeri telah mengadakan 486 program Jualan Rahmah di seluruh kawasan Parlimen dan DUN iaitu 230 di dalam premis, 29 di luar premis manakala secara bergerak sebanyak 227 pada tahun lepas.
"Bermula 1 Januari sehingga 29 Februari lalu, sebanyak 56 PJR telah diadakan iaitu 16 PJR di dalam premis dan 40 PJR secara bergerak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata program yang dilaksanakan itu melibatkan 222 kawasan Parlimen dan 600 Dewan Undangan Negeri (DUN). - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.