KUALA LUMPUR: Prestasi kukuh Proton bagi 2023 berterusan dengan jualan suku pertama 2023 melonjak 50.9 peratus dari tahun ke tahun kepada 40,287 unit dan pegangan pasaran berkembang kepada 21.2 peratus.
Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan berkata pegangan pasaran suku pertama 2023 menokok 4.5 peratus dari tahun ke tahun.
Syarikat automotif nasional itu berkata bagi Mac sahaja, sebanyak 14,573 unit (domestik dan eksport) dijual, naik 3.8 peratus berbanding Februari atau 11.9 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama pada 2022.
"Bahagian pasaran syarikat untuk Mac dianggarkan 18.7 peratus, membolehkan Proton mengekalkan tempat kedua dalam kedudukan jadual jualan," katanya.
Jualan kenderaan pada Mac telah mencapai rekod baru dengan jumlah volum industri (TIV) dianggarkan mencecah 78,000 unit, memecahkan rekod lama sebanyak 76,657 unit yang telah dicatatkan pada Disember 2022.
"Proton menunjukkan prestasi yang sangat baik pada suku pertama 2023 dan kami bangga dengan pencapaian jualan melebihi 40,000 unit.
"Bagaimanapun, kami sedar kadar jualan pada tiga bulan pertama naik kerana semua jenama tergesa-gesa untuk menghantar kereta yang ditempah semasa insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana)" kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah.
Tarikh akhir penghantaran adalah 31 Mac 2023 dan ini membantu menerangkan kenapa TIV merekodkan anggaran sebanyak 78,000 unit pada bulan ini.
Gambaran sentimen pasaran yang lebih tepat mungkin akan muncul pada akhir suku kedua 2023.
"Kami yakin syarikat akan mampu mengekalkan momentum jualan. Proton X90 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami akan ada penambahan baharu ke barisan model Proton lewat tahun ini.
"Pada masa yang sama, kami baru-baru ini mengumumkan komitmen kami untuk mengembangkan penawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pada masa depan dan ini akan membawa jenama itu ke segmen pasaran baharu ketika kami mencari pertumbuhan jangka panjang dalam memenuhi rancangan sepuluh tahun kami," katanya.
Proton Persona terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran sedan segmen B untuk bulan ketiga berturut-turut dan jualan meningkat pada Mac sehingga mencecah 2,421 unit.
"Angka jualan Persona bagi suku pertama mencecah 6,773 unit, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 79.2 peratus," katanya.
Sementara itu, populariti Proton X50 tidak pernah tercabar semenjak ia dilancarkan.
"SUV segmen B itu tetap mendahului segmennya dan kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan 3,414 unit dijual pada Mac.
"Jualan suku pertama pula adalah 9,668 unit, penambahan 34.4 peratus berbanding dengan 2022 manakala pendahulu jualan segmen C adalah Proton Exora, yang kekal sebagai MPV segmen C terlaris dengan 426 unit dijual semasa Mac lepas," katanya.
Model Proton yang paling popular adalah Proton Saga yang mencapai jualan melebihi 6,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut dengan 6,313 unit dijual.
Bagi suku pertama, syarikat berjaya menjual 17,446 unit Proton Saga, kenaikan sebanyak 84.6 peratus bagaimanapun pertumbuhan menerima kesan akibat banjir yang telah menjejas pengeluaran Saga pada awal 2022.
"Proton Iriz serta Proton X70 mencapai jualan, masing-masing sebanyak 712 dan 1,272 unit," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan berkata pegangan pasaran suku pertama 2023 menokok 4.5 peratus dari tahun ke tahun. - Gambar https://www.proton.com/en
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.