awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi Euro 2016: Enam lelaki ditahan di tiga negeri

Bernama
Bernama
15/06/2016
13:56 MYT
Judi Euro 2016: Enam lelaki ditahan di tiga negeri
Polis menahan enam lelaki yang dikaitkan dengan aktiviti judi bola sepak Euro 2016 dalam serbuan Op Soga 6 di lima negeri semalam.
Polis menahan enam lelaki yang dikaitkan dengan aktiviti judi bola sepak Euro 2016 dalam serbuan Op Soga 6 di lima negeri semalam.
Kesemua mereka didapati sedang leka mengurus serta membida pertaruhan dalam talian bagi dua perlawanan melibatkan Austria menentang Hungary dan Portugal melawan Iceland dalam serbuan berasingan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata dua lelaki ditahan di ibu negara, tiga lagi di Johor manakala seorang di Pulau Pinang.
Tiada tangkapan dibuat di Sarawak dan Negeri Sembilan.
"Polis merampas beberapa kelengkapan dipercayai digunakan untuk aktiviti itu seperti modem Wifi, sebuah komputer riba, enam telefon bimbit dan dua keping kertas bookie selain wang tunai berjumlah RM6,720," katanya kepada Bernama hari ini.
Roslee berkata kegiatan judi menerusi beberapa laman web khas itu dikesan membenarkan pertaruhan dengan limit kredit sehingga mencecah RM162,227 sehari.
Kesemua lelaki itu kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1) akta sama, masing-masing bagi kesalahan menjadi penganjur dan pemain judi.
Topic Berkaitan
#Euro 2016
#judi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan