PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya (ME22/2023).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan awam menurun kepada 3.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 23/2023 daripada 4.4 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 22/2023 iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun.
Beliau berkata peratus pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak tiga peratus pada ME 23/2023 berbanding ME 22/2023, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula menurun sebanyak satu peratus pada tempoh sama.
"Pada ME 23/2023, sebanyak 87 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 75 kes varian membimbangkan (VOC) dan 12 kes varian yang mendapat perhatian (VOI)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehingga kini, katanya jumlah kumulatif bagi kes XBB.1.16 (Arcturus) dan "sublineages" adalah sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah kes tempatan.
Dr Zaliha berkata pecahan kes merangkumi 16 kes di Melaka, 12 kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (tujuh), Sarawak (enam), Johor (empat), Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga), masing-masing dua kes di Perak, Negeri Sembilan, dan Sabah serta Perlis (satu).
Beliau berkata sehingga ME 22/2023, hasil aktiviti pemantauan gejala demam selesema (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati sebanyak 114 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 13.44 peratus, manakala sebanyak 9.26 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19.
Dr Zaliha berkata berdasarkan data sehingga 10 Jun lepas, hanya 50 peratus atau 16,337,334 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus atau 824,677 sahaja telah menerima dos penggalak kedua.
Mengenai situasi cuaca panas di Malaysia, Dr Zaliha berkata berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC) pada 12 Jun 2023, kawasan yang dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga) hanya melibatkan Bau di Sarawak.
"Tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (Gelombang Haba)," katanya.
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas dari ME 16/2023 sehingga ME 23/2023 adalah sebanyak 39 kes melibatkan 23 kes kelesuan haba, 11 kes kejang haba, dan lima kes strok haba, katanya.
Pecahan kes mengikut umur adalah 25 kes melibatkan orang dewasa, sembilan kes remaja, kanak-kanak (tiga) dan warga emas (dua) dan semua kes yang mendapat rawatan adalah stabil dan telah discaj, katanya,
Dr Zaliha berkata tiada kes kematian baru akibat strok haba dilaporkan pada ME 23/2023 yang menjadikan bilangan kumulatif kes kematian akibat strok haba kekal satu iaitu kes yang dilaporkan pada 25 April lepas.
Beliau menasihatkan orang ramai agar mengehadkan tempoh berada di kawasan panas terik dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas, selain menggalakkan kerap minum air bagi memastikan hidrasi badan mencukupi.
"Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Dr Zaliha berkata kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan awam menurun kepada 3.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 23/2023. - Fail/Bernama
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi.
Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34
Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.