Jumlah kes COVID-19 Malaysia sudah cecah 100 ribu! Ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Disember 24, 2020 10:56 MYT
1,581 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 100,318 kes. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 100,318, dengan kes harian baharu masih kekal empat digit.
Ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai penularan COVID-19 di dalam negara hari ini:
1. 1,581 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 100,318 kes.
2. Kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,085 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 81,099 kes.
3. Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk sembilan hari berturut-turut iaitu sebanyak 491 kes.
4. Dua lagi kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 446 kes.
5. Empat lagi kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini.
BACA: COVID-19: Kes baharu kekal empat digit, jumlah keseluruhan kini 100,318
#KKM #COVID-19 #KP Kesihatan #Malaysia #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah