KUALA LUMPUR:Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 100,318, dengan kes harian baharu masih kekal empat digit.

Ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai penularan COVID-19 di dalam negara hari ini:

1. 1,581 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 100,318 kes.

2. Kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,085 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 81,099 kes.

3. Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk sembilan hari berturut-turut iaitu sebanyak  491 kes.

4. Dua lagi kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak  446 kes.

5. Empat lagi kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini.

BACA: COVID-19: Kes baharu kekal empat digit, jumlah keseluruhan kini 100,318