awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes usahawan bankrap menurun kepada 5,695 tahun lepas

Bernama
Bernama
28/03/2023
07:30 MYT
Jumlah kes usahawan bankrap menurun kepada 5,695 tahun lepas
Ewon berkata, Jabatan Insolvensi (MdI) melaksanakan program seperti MdL Prihatin dan penyebaran maklumat di media sosial untuk mewujudkan kesedaran masyarakat berhubung isu muflis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes kebankrapan yang direkodkan pada tahun lepas menurun kepada 5,695 berbanding 6,554 kes pada 2021, kata Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Menurutnya, ia susulan pindaan peruntukan perenggan 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang menaikkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000.
"Sebagai usaha membantu mengurangkan kadar kebankrapan dalam kalangan usahawan, kerajaan telah memperkenalkan Perkiraan Sukarela (Voluntary Arrangement) dalam Akta 360 yang mula berkuat kuasa pada 6 Okt 2017.
"Penghutang boleh memohon perintah interim daripada mahkamah untuk penggantungan prosiding kebankrapan sementara rundingan diadakan antara penghutang dengan pemiutang berhubung pelan cadangan bayaran balik hutang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai langkah jangka panjang bagi mengurangkan kadar kebankrap dalam kalangan usahawan Bumiputera serta meningkatkan kemampanan golongan terbabit.
Ewon berkata pada masa sama, Jabatan Insolvensi (MdI) melaksanakan program seperti MdL Prihatin dan penyebaran maklumat di media sosial untuk mewujudkan kesedaran masyarakat berhubung isu muflis.
Bermula 1 Mac lepas, beliau berkata kerajaan melaksanakan inisiatif untuk melepaskan individu yang bankrap bagi kategori hutang berskala kecil iaitu jumlah tuntutan hutang yang diperakukan dengan jumlah RM500,000 dan ke bawah dengan bersyarat.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#usahawan bankrap
#Ewon Benedick
#Dewan Rakyat
#MdL Prihatin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan