awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah
Polis minta bantuan orang ramai kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal

Bernama
Bernama
06/02/2023
03:00 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal
Di Johor, 394 orang daripada 110 keluarga masih ditempatkan di empat PPS sementara di Sabah, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 46 orang daripada 12 keluarga di satu PPS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 420 orang pagi ini berbanding 506 malam tadi, manakala di Sabah kekal dengan 46 orang setakat 8 pagi ini.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 394 orang daripada 110 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Batu Pahat, manakala di Segamat, 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 46 orang daripada 12 keluarga di satu PPS.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan penduduk terjejas hanya melibatkan daerah Beaufort dan angka itu dijangka kekal hari ini serta cuaca dilaporkan cerah pagi ini.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang bagi Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, serta tahap berbahaya di Kuantan, yang dijangka berterusan hingga esok.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada bagi Terengganu (Kemaman); Pahang, (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong); Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan