awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,103 malam ini

Bernama
Bernama
22/09/2024
13:36 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 8,103 malam ini
Kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,590 keluarga itu ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 8,103 orang setakat 8 malam ini berbanding 8,394 orang pada petang tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,590 keluarga itu ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.
Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 5,324 orang daripada 1,747 keluarga diikuti Pendang (1,548 orang daripada 466 keluarga), Kubang Pasu (671 orang daripada 217 keluarga), Pokok Sena (441 orang daripada 134 keluarga) dan Bandar Baharu seramai 119 orang daripada 26 keluarga.
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan berlaku pertambahan satu lagi sungai yang berada pada paras bahaya, menjadikan tiga sungai di Kedah berada di paras bahaya setakat 8 malam ini.
Sungai itu adalah Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.
Di PERAK, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal 29 orang daripada tujuh keluarga.
Menurut sekretariat itu, kesemua mangsa dari Kampung Changkat Lobak itu masih ditempatkan di PPS Changkat Lobak di daerah Kerian.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Kolam Air Bukit Merah masih berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.02 meter.
Menurut jabatan itu, Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk juga berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 1.92 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Kedah
#angka menurun
#PPS
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan