awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perak menurun

Bernama
Bernama
17/11/2023
03:00 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perak menurun
Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perak kini 356 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak mencatatkan penurunan pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini 356 orang.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat PPS menurun kepada 249 daripada 81 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 253 daripada 83 keluarga, malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata empat PPS itu ialah tiga di daerah Kota Setar dan satu di daerah Kubang Pasu.
"Di Kota Setar, seramai 105 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah, 88 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, manakala SK Taman Aman menempatkan 20 mangsa daripada 10 keluarga.
"Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Seberang Chegar, Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor Perang, Kampung Bohor, Kampung Anak Bukit, Kampung Alor Gunong dan Kampung Seberang Alor Gunong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, di daerah Kubang Pasu, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Malau yang dibuka sejak Isnin, menurun kepada 36 orang daripada tujuh keluarga berbanding 40 orang daripada lapan keluarga malam tadi.
"PPS itu dibuka akibat banjir di beberapa kawasan antaranya Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak," katanya.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa di empat PPS juga berkurangan kepada 107 mangsa daripada 31 keluarga pagi ini berbanding 114 mangsa daripada 33 keluarga, malam tadi.
Empat PPS yang masih beroperasi melibatkan Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak yang menempatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga, SK Changkat Lobak (18 mangsa daripada tiga keluarga) dan SK Alor Pongsu (57 mangsa daripada 19 keluarga) di Kerian serta Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A (sembilan mangsa daripada dua keluarga) di Kinta.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#banjir Perak
#bilangan mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan