KOTA BHARU:Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan di Kelantan dan menempatkan seramai 456 mangsa daripada 119 keluarga setakat 11 malam tadi, susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak tiga daerah terkesan akibat banjir iaitu Kuala Krai yang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi seramai 239 mangsa daripada 59 keluarga dengan sebanyak lapan PPS telah dibuka.
Sementara itu, Tanah Merah membabitkan 149 mangsa daripada 40 keluarga manakala di Pasir Mas melibatkan 68 mangsa daripada 20 keluarga, dengan masing-masing mengaktifkan lapan dan dua PPS.
Berdasarkan laporan publicinfobanjir.water.gov.my pula menunjukkan paras air sungai di tujuh lokasi di Kelantan menunjukkan trend menaik dengan dua daripadanya telah melebihi tahap bahaya setakat bacaan 10.30 malam tadi.
Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan bacaan paras air mendadak dengan 9.87 meter melepasi tahap bahaya iaitu pada sembilan meter, manakala di Jenob, Tanah Merah merekodkan 23.66 meter melebihi 0.16 meter daripada paras bahaya.
Paras air Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah turut menunjukkan trend menaik dengan bacaan 14.94 meter sekali gus melebihi tahap amaran iaitu pada 14 meter.
Sementara itu, empat lokasi berada pada tahap waspada iaitu di Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai serta Limau Kasturi, Gua Musang masing-masing mencatatkan bacaan 32.75 meter dan 57.23 meter, manakala Sungai Pergau di Air Bol, Jeli mencatatkan 72.13 meter dan paras sungai di Kusial Baru, Tanah Merah pula merekodkan bacaan 14.31 meter.
Laman sesawang itu turut memaparkan kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mengeluarkan amaran bahawa banjir dijangka berlaku di beberapa lokasi di Kuala Krai bermula 4 pagi esok.
Lokasi berkenaan membabitkan Kampung Bedal; Kampung Bukit Sireh; Taman Warisan; Kampung Kuala Petang; Kampung Ngagoh; Kampung Pahi; Kampung Air Duri; Kampung Guchil; Kampung Jirat; Kampung Gatal; Kampung Batu Mengkebang; Kampung Keroh; Kampung Batu Jong dan kawasan sekitarnya.
Cuaca di Kelantan malam tadi masih hujan dengan sesekali lebat, namun tiada laluan utama yang menghubungkan negeri ini ditutup kepada pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020
Sebahagian penduduk kelihatan menggunakan bot untuk keluar dari rumah yang ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Chenulang, Kuala Krai, 18 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
AS$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah di Gaza
Angka itu menunjukkan kos pembinaan semula jauh lebih kecil berbanding pembangunan semula Gaza dalam konflik sebelum ini.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Projek Rumah SASaR: Anggota ATM lega ada aset sebelum pencen
Anggota TUDM Mej Wan Mohd Ismail berkata, SASaR menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan pegawai dengan harga berpatutan.
Kesedar laksanakan tiga program utama penuhi hasrat generasi kedua miliki rumah
Program Pemajuan Kawasan menyediakan unit rumah dan lot-lot perumahan di tiga lokasi berlainan bagi generasi kedua di kawasan RKT.
11,512 kediaman RM500,000 ke atas di JB, Iskandar Puteri tidak terjual - Exco
Bagaimanapun, pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing.
Rehda Malaysia harap kerajaan lanjut inisiatif i-Miliki
Inisiatif di bawah Program Pemilikan Rumah kerajaan 2022/2023 atau HOPE itu telah bermula pada 1 Jun 2022 dan akan berakhir menjelang 31 Dis 2023.
Dua kanak-kanak antara tiga maut dalam insiden tembakan
Tiga terbunuh, dua daripada mereka merupakan kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun, dalam kejadian tembakan.
Rumah musnah dijilat api di Teluk Intan
Insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.
Bapa, dua lagi maut ditembak anak sendiri
Insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai kes domestik terpencil di kawasan kejiranan Brooklyn.