KUANTAN: Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Pahang dilihat kian menurun apabila hanya tinggal 200 mangsa daripada 63 buah keluarga di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Rompin sehingga jam 12 tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, berbanding jam 8 pagi hari ini, sejumlah 314 orang mangsa daripada 96 buah keluarga ditempatkan di tiga buah PPS di Mukim Keratong Dua dan Mukim Endau di daerah tersebut.
"PPS balai raya Kampung Setajam masih menempatkan seramai 165 orang mangsa daripada 53 buah keluarga dan PPS balai raya Kampung Denai seramai 26 orang mangsa (lapan keluarga).
"Sebuah lagi PPS dibuka pada hari ini, iaitu balai raya Kampung Jawa dengan penempatan dua orang mangsa daripada sebuah keluarga.
"Penurunan mangsa banjir di Rompin berikutan PPS balai raya Kampung Rekoh mula ditutup tengah hari ini berikutan seramai 122 orang mangsa daripada 35 buah keluarga pulang ke rumah masing setelah air surut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, petugas PPS yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan penyelamat, Jebatan Kebajikan Masyarakat, APM Rompin, balai penghulu dan Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) terus memantau kebajikan mangsa banjir yang masih berada di PPS berkenaan.
Norfarhiza Mohd Atar
Sun Jan 29 2023

Anggota polis dan APM sedang menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang terputus hubungan akibat banjir di Rompin. - Foto: JKM Rompin

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guys', guna nama Tun Abdul Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Penjawat awam sertai aktiviti pasca banjir dianggap jalankan tugas rasmi, layak terima elaun
Pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas-tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih
Kesemua 267 infrastruktur komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi hari ini termasuk sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Johor mohon RM168 juta baiki kerosakan jalan, infrastruktur akibat banjir
Untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.