awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal

Bernama
Bernama
09/03/2025
15:49 MYT
Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Di Sabah, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS meningkat kepada 3,579 orang daripada 1,203 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,785 orang daripada 907 keluarga, petang tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Di Sabah, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS meningkat kepada 3,579 orang daripada 1,203 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,785 orang daripada 907 keluarga, petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom daerah terbaharu dilanda banjir dengan lapan PPS dibuka, menempatkan 741 orang daripada 276 keluarga.
Sebuah pusat pemindahan kekal dan tiga PPS beroperasi di Beaufort menempatkan 1,202 orang daripada 391 keluarga dan dua PPS di Membakut menempatkan 737 orang daripada 245 keluarga.
Sementara itu, 763 orang daripada 241 keluarga berlindung di dua PPS di Sook dan dua PPS di Keningau menempatkan 136 orang daripada 50 keluarga.
"Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom serta lima di Sook dan dua di Keningau. Trend pemindahan di Beaufort, Membakut dan Tenom meningkat manakala daerah lain kekal," menurut kenyataan itu.
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di utara negeri itu kekal 347 orang setakat 6 petang tadi.
Menurut laporan JPBN Sarawak, PPS Dewan Masyarakat Trusan masih menempatkan 100 penduduk terjejas banjir.
Jumlah mangsa di PPS SJKC Chung Hwa dan PPS SK Lintang masing-masing kekal dengan 35 dan 39 orang sementara mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang masih 173 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#mati lemas
#PPS
#Beaufort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan