KUALA LUMPUR: Seramai 1,250 mangsa banjir di Selangor dan Perak ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 malam ini, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa bencana itu berbanding pagi tadi.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 792 orang daripada 200 keluarga berbanding 768 orang daripada 196 keluarga yang dilaporkan pagi tadi.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang, menjadikan sebanyak 10 PPS beroperasi yang turut membabitkan daerah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Langat.
Sementara itu, di laman web Public Infobanjir memaparkan paras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melebihi paras amaran setakat 7.30 malam, walaupun cuaca tidak hujan.
Di PERAK, jumlah mangsa malam ini terus meningkat dengan 458 orang daripada 139 keluarga ditempatkan di empat PPS, berbanding 340 mangsa banjir daripada 99 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan 162 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan seramai 142 orang daripada 46 keluarga.
"Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada pada paras bahaya iaitu 4.29 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang mencecah 13.46m.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Seramai 1,250 mangsa banjir di Selangor dan Perak ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 malam ini, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa bencana itu berbanding pagi tadi. - Gambar fail/APM Selangor
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.