KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara menurun kepada 814 daripada 227 keluarga di tiga negeri.

Menurut Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat tengah malam tadi.

Antara negeri yang terjejas ialah Kedah, Melaka dan Johor.

Kedah mencatatkan 792 mangsa banjir daripada 221 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

Antara kawasan terjejas di negeri Darul Aman itu ialah Pendang, Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu.

Sementara itu, mangsa banjir di Melaka pula menurun kepada 4 mangsa daripada dua keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di daerah Alor Gajah.

Negeri terakhir terjejas ialah Johor dengan 18 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS selepas banjir berlaku di daerah Pontian.