awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah miskin tegar Pahang berkurangan 60.8 peratus tahun lepas

Bernama
Bernama
17/02/2024
03:20 MYT
Jumlah miskin tegar Pahang berkurangan 60.8 peratus tahun lepas
Menurut Wan Rosdi, Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang merekodkan jumlah miskin tegar pada 3 Jan 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Dis tahun sama.
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, jumlah miskin tegar di negeri itu pada tahun lepas berkurangan sebanyak 60 peratus.
Beliau berkata, Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang merekodkan jumlah miskin tegar pada 3 Jan 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Dis tahun sama.
"Kejayaan pengurangan ini hasil usaha berterusan kerajaan negeri dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif serta projek pembangunan, yang secara langsung membuka peluang pekerjaan," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya.
Wan Rosdy berkata, beliau optimis bahawa usaha berterusan dilakukan kerajaan negeri, akan dapat mengurangkan lagi jumlah miskin tegar di Pahang pada masa akan datang.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, hanya 184,822 individu di negeri ini telah mendaftar dan mengemas kini data mereka di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat 15 Feb berbanding 1.09 juta rakyat Pahang berusia 18 tahun ke atas.
Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap mereka yang masih belum mendaftar, dapat berbuat demikian sebelum tarikh akhir iaitu pada 31 Mac. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang
#Wan Rosdi Wan Ismail
#menteri besar pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan