awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pelajar menduduki SPM 2024 meningkat - KPM

Seth Akmal
Seth Akmal
24/04/2025
06:20 MYT
Jumlah pelajar menduduki SPM 2024 meningkat - KPM
Seramai 98.2 peratus calon hadir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berbanding 97.5 peratus pada tahun sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Seramai 98.2 peratus calon hadir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 berbanding 97.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Ringkasan AI
  • Seramai 98.2 peratus calon hadir menduduki SPM 2024 berbanding 97.5 peratus pada tahun sebelumnya.
  • Penurunan jumlah calon yang tidak hadir didorong usaha berterusan KPM melalui Pasukan Petugas Khas dan ziarah cakna.
  • KPM berharap untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) yang mewajibkan pendidikan sehingga sekolah menengah untuk menangani isu ketidakhadiran.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata jumlah peratusan yang memberangsangkan ini wajar diraikan atas kejayaan para pelajar hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.
“Pencapaian ini wajar kita raikan, bagi SPM 2024 seramai 98.2 peratus calon sekolah KPM hadir menduduki sekurang-kurangnya satu kertas peperiksaan berbanding dengan 97.5 peratus pada tahun 2023,” katanya.
Azman juga memaklumkan bahawa 6,246 calon (1.8 peratus) tidak hadir berbanding 8,676 calon (2.5 peratus) pada 2023.
Menurut Azman, penurunan ini didorong usaha secara berterusan oleh KPM dalam membendung permasalahan ini.
“KPM mengaktifkan task-force (Pasukan Petugas Khas) untuk intervensi murid berisiko dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah melalui ziarah cakna iaitu untuk membawa kembali para pelajar ke sekolah, pemantauan harian dan juga pengesanan risiko awal tercicir di Tingkatan 4,” katanya.
Beliau turut mengulangi hasrat KPM agar Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan sehingga sekolah menengah dengan harapan isu berkaitan ketidakhadiran dapat ditangani sebaik-baiknya.
“Hasrat KPM untuk kita melaksanakan RUU wajibkan pendidikan sehingga sekolah menengah dengan harapan para pelajar akan berada di sekolah pada peringkat umur 13 hingga 17 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pengumuman Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 di bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Rang Undang-Undang
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan