awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pemilih keluar mengundi menggalakkan, kata Wan Junaidi

Bernama
Bernama
18/02/2017
02:55 MYT
Jumlah pemilih keluar mengundi menggalakkan, kata Wan Junaidi
Pilihan raya kecil Tanjong Datu diadakan susulan kematian Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Jan di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan. Astro AWANI
Walaupun keadaan cuaca kurang memuaskan, jumlah pemilih yang keluar mengundi bagi pilihan raya kecil Tanjong Datu pagi ini adalah menggalakkan, kata pengarah operasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata setakat 9.40 pagi ini, jumlah mereka yang keluar mengundi adalah lebih kurang 24 peratus.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat pusat mengundi di SJK Chung Hua Lundu pagi ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Jan di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.
Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, menang dengan majoriti 5,892 undi setelah memperoleh 6,360 undi berbanding 468 oleh calon PKR Jazolkipli Numan.
Pilihan raya kecil Tanjung Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, yang diwakili balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu, Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star) dan Rapelson Richard Hamit yang mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil Tanjong Datu
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan