awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2022
04:59 MYT
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah penganggur pada Ogos 2022 menunjukkan penurunan kepada 612,000 orang berbanding 620,700 orang pada Julai 2022.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagaimanapun memaklumkan, kadar pengangguran pada Ogos 2022 kekal pada 3.7 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
"Aktiviti perniagaan serta sosial terus beroperasi seperti biasa telah membolehkan ekonomi pulih semula dengan lebih kukuh dan keperluan tenaga buruh semakin meningkat.
"Bilangan tenaga buruh pada Ogos 2022 semakin kukuh dengan peningkatan sebanyak 30,500 orang atau bersamaan dengan peningkatan 0.2 peratus kepada 16.63 juta orang berbanding 16.60 juta orang pada Julai 2022.
"Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh terus merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 mata peratus kepada 69.7 peratus pada bulan tersebut," memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau pada Selasa.
Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Ogos 2022 - Sumber: DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Ogos 2022 - Sumber: DOSM
Dalam pada itu, bilangan penduduk bekerja pada bulan Ogos 2022 terus stabil dengan merekodkan peningkatan sebanyak 39,300 orang atau 0.2 peratus kepada 16.02 juta orang (Julai 2022: 15.98 juta orang).
Jelas Mustapa, kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi memastikan kadar pengangguran kekal rendah termasuklah dengan meneruskan insentif penggajian kepada majikan dan memudah cara pencarian pekerjaan.
Antara 1 Januari 2022 hingga 30 September 2022, seramai 58,550 orang telah mendapat manfaat di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga telah berjaya melakukan penempatan pekerjaan untuk 143,643 orang dalam tempoh yang sama.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#kadar pengangguran
#tenaga buruh
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan