Jumlah premium insurans hayat turun 12.6 peratus kepada RM5.24 bilion bagi separuh pertama 2020 daripada RM6 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas apabila aktiviti jualan insurans bersemuka tidak dapat dilakukan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya PKP Pemulihan (PKPP) yang bermula sejak 18 Mac, 2020.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata ia disebabkan terutamanya penurunan polisi berkaitan pelaburan yang menguncup sebanyak 24.5 peratus kepada RM1.73 bilion dari segi jumlah premium.
"Insurans berkaitan pelaburan adalah pelan insurans yang memiliki ciri-ciri lebih unik dan memerlukan interaksi bersemuka oleh ejen untuk menjelaskan ciri-ciri ini dan memastikan kesesuaiannya sebelum pelan berkaitan pelaburan dicadangkan," kata persatuan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun, LIAM berkata industri insurans hayat merekodkan lonjakan dalam jualan saluran langsung bagi insurans sementara, insurans penyakit kritikal serta insurans perubatan dan kesihatan disebabkan oleh sekatan jualan bersemuka oleh ejen dan kakitangan bank semasa PKP.
"Bilangan polisi yang dijual menerusi saluran langsung melonjak 47.5 peratus pada separuh pertama 2020, dengan premium tahunan dan jumlah jumlah dijamin mencatatkan tahap pertumbuhan masing-masing pada 63.9 peratus dan 71.5 peratus," kata persatuan itu.
Presidennya Loh Guat Lan berkata pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan perlindungan insurans hayat.
"Semasa PKP dan PKPP, syarikat insurans terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya menerusi platform digital atau dibantu oleh pusat perkhidmatan pelanggan.
"Meskipun kaedah dan teknologi baharu akan memberi impak bagaimana perniagaan dijalankan setiap hari, saya percaya penggunaan teknologi tidak dapat dielakkan untuk kita menjadi lebih cekap, responsif dan produktif untuk berhubung dengan pelanggan kita," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Mark O'Dell berkata industri insurans hayat proaktif dalam menyokong kerajaan dengan pelbagai langkah-langkah bantuan untuk membantu rakyat Malaysia menangani impak COVID-19.
"Industri telah memberikan tempoh penangguhan 90 hari atau jaminan tidak berlengah bagi tiga bulan kepada pemegang polisi yang terkesan oleh pandemik ini," katanya.
Beliau berkata setakat ini, 1,028,811 pemegang polisi telah diberikan penangguhan premium melibatkan pembayaran berjumlah RM1 bilion.
Mengenai prospek bagi separuh kedua 2020, LIAM menjangka industri insurans hayat mencapai pertumbuhan satu digit berikutan keadaan tidak menentu yang dihadapi oleh ekonomi global dan tempatan disebabkan oleh COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Industri insurans hayat proaktif dalam menyokong kerajaan dengan pelbagai langkah-langkah bantuan untuk membantu rakyat Malaysia menangani impak COVID-19. - Gambar hiasan
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.