awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa mayat guru dalam rumah: Sekolah sudah usaha cari - Exco

Bernama
Bernama
17/06/2025
10:11 MYT
Jumpa mayat guru dalam rumah: Sekolah sudah usaha cari - Exco
Mayat Lo Kwan Fong ditemukan di rumahnya pada 13 Jun 2025 dan masih belum dituntut oleh mana-mana pihak di Hospital Sultanah Aminah.
JOHOR BAHRU: Pihak sekolah telah melakukan pelbagai kaedah untuk mencari guru wanita yang dilaporkan tidak hadir bertugas sejak September 2024, sebelum mayatnya ditemukan di rumah pada Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang guru wanita, Lo Kwan Fong, dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak September 2024 dan gagal dihubungi selepas 10 November 2024.
  • Pihak sekolah telah berusaha mengesan guru tersebut melalui pelbagai cara termasuk menghubungi agensi kerajaan dan memeriksa rumahnya, namun tidak berjaya.
  • Mayat guru itu ditemukan di rumahnya pada 13 Jun 2025 dan masih belum dituntut oleh mana-mana pihak di Hospital Sultanah Aminah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata kali terakhir Lo Kwan Fong, 39, menghubungi sekolah ialah pada 26 Sept 2024 bagi memaklumkan ketidakhadirannya sebelum terus gagal dikesan bermula 10 Nov tahun sama.
"Guru itu tidak dapat dihubungi menerusi panggilan telefon, WhatsApp, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Messenger serta Telegram. Guru besar sekolah mengeluarkan surat tunjuk sebab atas ketidakhadiran bertugas terhadap mendiang pada 21 Nov dan 19 Dis tahun lepas.
"Nombor telefon guru itu terus tidak dapat dihubungi pada 12 Mac 2025, menyebabkan pihak sekolah menggunakan pelbagai kaedah lain untuk mengesan wanita itu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Aznan berkata antara kaedah digunakan ialah menerusi surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan surat makluman cabutan daftar alamat daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Selain itu, pemeriksaan dengan jiran mendiang pada 29 Dis 2024 mengesahkan wanita tersebut telah lama tidak pulang ke rumah, selain terdapat banyak surat pada tingkap serta pintu rumah, manakala kereta guru itu berada di tepi jalan berhampiran.
"Mendiang merupakan anak tunggal dan tinggal bersendirian selepas ibu bapanya meninggal dunia," katanya dan menambah guru tersebut didakwa mengalami masalah peribadi.
Aznan berkata setakat malam 13 Jun, mayat mendiang difahamkan masih di Hospital Sultanah Aminah di sini, kerana tiada pihak tampil menuntut mayat itu.
Semalam, polis mengesahkan penemuan mayat seorang guru di sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri dekat sini, dipercayai meninggal dunia sejak sebulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru wanita hilang
#jumpa mayat guru
#guru wanita maut dalam rumah
#Lo Kwan Fong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami