HULU SELANGOR: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin ditemui maut dalam sungai di hadapan Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat wanita berusia 57 tahun itu ditemui oleh anaknya sekitar jam 12 tengah hari sebelum memaklumkan kepada polis 30 minit kemudian.
"Mangsa dikatakan keluar dari rumah pada 29 Ogos jam lebih kurang 7 malam dan tidak pulang ke rumah.
"Anak mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun datang ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu membuat laporan pada 30 Ogos jam lebih kurang 7.47 malam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Suffian berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan dianggarkan ditemui sejauh 100 meter dari kediamannya.
"Pemeriksaan pihak forensik mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku terhadap mayat mangsa.
"Punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 31 2022
Mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan dianggarkan ditemui sejauh 100 meter dari kediamannya. - Gambar/ PDRM
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Jumpa mayat ibu dalam sungai
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin ditemui maut dalam sungai di hadapan Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu, di sini pada Rabu.